Posts

KEDUDUKAN QAWAID FIQHIYYAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Kedudukan Qawaid Fiqhiyyah Dalam Perundangan Islam. Sungguhpun kaedah fiqh ini adalah bersifat  aghlabiyyat , tidak bererti akan mengurangkan ketinggian nilai ilmunya dalam fiqh. Hal ini kerana terdapat dalam kaedah-kaedah tersebut suatu gambaran yang menarik terhadap prinsip-prinsip fiqh yang umum dengan memantapkan hukum-hukum  furu’  yang amali dengan beberapa kaedah.               Jika kaedah-kaedah ini tidak wujud, maka hukum-hukum fiqh akan menjadi hukum-hukum  furu’ yang terpisah-pisah dan kadangkala pada zahirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang dipegang. Oleh kerana itulah Imam al-Qarafi berkata dalam mukadimah kitabnya yang bertajuk  al-Furuq  yang mana mengatakan bahawa syariat Nabi Muhammad itu mengandungi usul dan  furu’ . Menurut beliau usul itu mempunyai dua bahagian dan yang pertamanya ialah  usul al-fiqh  yang...

PERBEZAAN ANTARA QAWAID FIQHIYYAH DAN QAWAID USULIYYAH

Perbezaan Antara Qawaid Fiqhiyyah Dan Qawaid Usuliyyah Sebagaimana yang sedia maklum, Fiqh ialah disiplin ilmu yang berasingan dengan Usul Fiqh, begitulah juga  Qawaid Fiqh  dan  Qawaid Usul . Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang pertama yang memisahkan serta mengasaskan secara berasingan kaedah Fiqh dan kaedah Usul ialah Imam Syihab al-Din al-Qarafi yang mana dijelaskan oleh beliau dalam mukadimah kitabnya yang bertajuk  al-Furuq . [5] Pertamanya, kaedah Usuliyyah ialah kaedah yang menerangkan manhaj atau methodologi yang semestinya diikuti oleh setiap ahli fiqh dalam mengistinbatkan sesuatu hukum syarak berpandukan dalil-dalil yang terperinci. Sementara itu, kaedah  fiqhiyyah  pula merupakan satu prinsip umum dalam fiqh yang mana merangkumi hukum-hukum syarak yang umum selaras dengan masalah-masalah yang telah berlaku dan permasalahan yang baru muncul, yang termasuk di bawah tajuk prinsip-prinsip berkenaan. [6]  Kaedah ini digunakan ole...

الأمر بمقاصدها

KAEDAH KULLIYYAH DAN QAWAI’D FIQHIYYAH Setiap  Perkara Dinilai Berdasarkan Niat. ( الأمر بمقاصدها )  Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannyaatau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf ditentukan oleh niatnya. Asal kaedah ini diambil daripada sabda Nabi, antaranya : a)        Hadis daripada Saidina Umar yang diriwayatan oleh Muslim: انما الأعمال بالنية وانما لامرئ ما نوى,  فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امراة ينكحها فهجرته الى ماهاجر اليه . Terjemahan: sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasuln-Nya maka hijrahnya itu kerana Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ing...

ليقين لا يزال بالشك

KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan Bermaksud: Sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku ataupun tidak, maka keraguan yang datang selepasnya tidak diambil kira. (Seseorang yang telah meyakini sesuatu perkara yang telah ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan maka keyakian yang asal itu dipakai dan keraguan yang datang selepas itu tidak diambilkira.) Pecahan Kaedah 1.Kekal sesuatu itu mengikut apa yang sebelumnya atau asalnya. –          Seseorang yang yakin berwuduk dan selepas itu datang syak samada berhadas atau tidak maka ia dikira masih suci. –          Berbuka puasa tanpa berijtihad, lalu syak samada matahari terbenam atau belum, maka batal puasanya kerana asalnya matahari itu belum tenggelam. 2. Asal sesuatu itu tidak ada. –          Menggunakan harta orang...

لا ضرار ولا ضرار

Kemudaratan hendaklah dihapuskan الضرر يزال                Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama. Dalil asas kepada kaedah ini ialah sabda Rasulullah SAW :  لا ضرار ولا ضرار Maksudnya : Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan.             Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Lantaran itulah dalam keadaan tersebut, ia wajib dihindarkan sama ada kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau pun khusus. Sebagai rumusannya, seseorang insane itu tidak boleh sama se...

المشقة تجلب التيسير

Kesukaran itu membawa kemudahan Kaedah ini bermaksud sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam melaksanakan perintah allah itu maka perintah itu diringankan. Berdasarkan Dalil :- يريد الله بكم اليسر ول يريد بكم العسر ) (Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.) –          Islam membawa konsep kemudahan dan keringanan. –          Tuntutan Taklif tidak dikira Musyaqqah kerana mengikut adat tidak menjadi bebanan malah satu keperluan. –          Tidak semua perkara diberi rukshah hanya perkara tertentu sahaja.  –          Sekiranya semua perkara diberi rukshah  sedah tentu hidup tidak akan sempurna Sebab-Sebab Rukshah Musafir. Boleh qasar @ Jama’ solat. Sakit. Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa. Terpaksa. Kelaparan y...

العادة محكمة

العادة  محكمة Adat dijadikan sebagai hakim Bermaksud adat dijadikan sebagai hakim dalam menentukan sesuatu hukum. Berdasarkan hadis: ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ,و ما راه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح (Apa yang dinilai oleh orang muslim itu baik maka ia adalah baik disisi Allah dan Apa yang dinilai oleh orang muslim itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah.) Adat –          Bahasa ialah Perkara yang menjadi biasa pada orang ramai atau masyarakat. –          Istilah ialah  Perkataan atau perbuatan yang diulang-ulang  tanpa ada kaitan disegi akal. –          Uruf perkataan seperti MAKANAN digelarkan kepada benda-benda yang boleh dimakan. –          Uruf perbuatan ialah perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai seperti Mas Kahwin dibayar kepada perempuan ...